Skip to main content

Hello Games sebelum ini mengumumkan kemaskini NEXT untuk permainan No Man’s Sky. Melalui kemaskini ini permainan tersebut kini boleh dimainkan secara multi-pemain. Satu fungsi yang menjadi permintaan ramai sebelum ini.

Kemaskini tersebut kini sudah boleh dimuat turun oleh pemain kecuali jika anda membeli permainan tersebut melalui GOG. Ini mungkin disebabkan GOG tidak mempunyai DRM dan tidak memerlukan sebarang klien untuk dimainkan.

Hello Games mengatakan kemaskini untuk versi GOG akan tiba tetapi pada satu masa yang masih tidak ditetapkan. Walaupun mereka tidak menawarkan bayaran balik, GOG sendiri mengumumkan mereka akan melanjutkan polisi bayaran balik untuk permainan tersebut walaupun sudah melebihi 30 hari tarikh pembelian.

Menurut mereka, ini dilakukan untuk pemain yang ingin mencuba kemaskini tersebut tetapi tidak ingin menunggu lama. Dengan mendapat bayaran balik, mereka boleh membelinya di platform yang lain. Polisi bayaran balik akan dilanjutkan sehingga 29 Julai 2018 dan pembeli yang meminta bayarakan balik  akan dibayar melalui kredit di dalam kedai GOG dan bukan tunai.

GOG sering mengatakan fokus utama kedai atas talian mereka adalah untuk memberikan perkhidmatan yang mesra pengguna dan keputusan mereka yang ini sudah semestinya membuktikannya.

Leave a Reply