Informasi Permainan Video Terkini
Surgeon Simulator CPR Diumumkan Untuk Switch – Menyertakan Bentuk Permainan Koperasi

Surgeon Simulator CPR Diumumkan Untuk Switch – Menyertakan Bentuk Permainan Koperasi

Diterbitkan pada July 26, 2018 oleh .

Sebelum ini Bossa Studios memperacahkan bahawa mereka akan melancarkan permainan simulasi Surgeon Simulator di Switch.

Kini, mereka akhirnya mengumumkannya secara rasmi yang mana ia bernama Surgeon Simulator CPR dimana CPR tersebut bermaksud “Co-Op Play Ready” bermakna ianya akan menyokong bentuk permainan secara koperasi.

Melaluinya, Bossa Studios membangunkan khas permainan ini dengan sokongan alat kawalan JoyCon dengan kawalan secara pergerakkan dan termasuklah sokongan getaran HD Rumble yang akan pasti membuatkan alat-alat bedah terasa seolah nyata.

Selain itu, dengan menggunakan sokongan alat kawalan JoyCon, pemain juga berupaya untuk bermain secara koperasi dimana dua pemain berupaya untuk menjadi dua pakar bedah secara serentak.

Versi Switch ini juga akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan yang sebelum ini dilancarkan di versi PC dan konsol lain seperti autopsi makhluk asing dan sebagainya.

Surgeon Simulator merupakan permainan simulasi pembedahan yang dilancarkan di PC pada 2013 lepas. Permainan tersebut kemudiannya dilancarkan di peranti iOS, Android dan juga Playstation 4 pada tahun berikutnya. Bagi versi Switch ini, ia dirancang untuk dilancarkan musim luruh ini iaitu antara September hingga Disember.


TIPS & ULASAN