Bossa Studios baru-baru ini mempertontonkan satu video khas buat permainan simulasi mereka yang terkenal, iaitu Surgeon Simulator melalui saluran rasmi Youtube mereka.
Melaluinya, mereka memperlihatkan bentuk permainan Surgeon Simulator namun ianya hanya mempertontonkan satu tangan yang menutup suis (Switch) seolah-olah ianya adalah nama yang sama dengan Nintendo Switch.
Surgeon Simulator merupakan permainan simulasi pembedahan yang dilancarkan di PC pada 2013 lepas. Permainan tersebut kemudiannya dilancarkan di peranti iOS, Android dan juga Playstation 4 pada tahun berikutnya.
Namun, buat masa ini, Bossa Studios tidak lagi berkongsi sebarang informasi tambahan. Seperti biasa kami akan mengumumkannya ketika mereka mengumumkannya kelak.