Skip to main content

Hasil pendapatan daripada permainan video sememangnya bergantung terhadap nilai pemain yang berbelanja wang untuk sesuatu permainan video, bukan sahaja ianya berdasarkan jumlah permainan video yang dibeli, malah ianya juga terlibat dengan jumlah pemain berbelanja di dalam permainan video seperti kandungan mikro-transaksi yang sering berada di dalam permua (Permainan mudah-alih)

Terkini melalui laporan Kakucho Purei, antara negara Asia Tenggara yang tertinggi jumlah kutipan untuk pendapatan daripada permainan video adalah Indonesia dan diikuti dengan Thailand dan Malaysia.

Perkara ini dapat dilihat melalui senarai carta yang disediakan oleh Newzoo baru-baru ini yang mana ia memperlihatkan senarai jumlah pendapatan dari permainan video tertinggi buat keseluruhan negara. Walaupun begitu, untuk memudahkan senarai ini, kami ingin memfokuskan di rantau Asia Tenggara.

Melaluinya, apa yang boleh kami simpulkan adalah Indonesia merupakan negara Asia Tenggara tertinggi yang mempunyai hasil pendapat daripada permainan video dengan sejumlah $1,130 juta manakala Malaysia, di tangga ketiga mengaut $654 juta jumlah pendapatan.

Melalui laporan Kakucho Purei, jika diperlihatkan melalui sejumlah penduduk negara bersama dengan nilai pendapatan, Malaysia berada di tempat kedua untuk nilai jumlah pembelajaan buat permainan video dengan nilai $24.2 untuk seorang selepas Singapura dengan nilai $66 seorang.

Ini bermakna, secara puratanya seorang penduduk Malaysia berbelanja sekurang-kurang $24.2(~RM98) hanya untuk permainan video sekaligus meletakkan Malaysia di tangga kedua untuk purata jumlah pembelanjaan seorang pemain buat permainan video.

Namun, ianya juga bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan permua seperti Mobile Legends dan PUBG Mobile mendapat sambutan yang sangat tinggi di Malaysia, sekaligus nilai tersebut juga mungkin terhasil daripada pembelanjaan pemain di dalam permua melalui mikro-transaksi berbanding pembelanjaan permainan video itu sendiri.

Walaupun begitu dengan tangga kedua juga, ini dapat membuktikan bahawa industri permainan video bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dengan sebelah mata sahaja dimana ianya kini adalah satu bisnes yang sangat besar dan menguntungkan.

Dengan data ini juga, mungkin juga pada masa akan datang akan dapat lebih ramai pembangun dan pengeluar permainan yang berminat untuk melabur di negara Malaysia tercinta kita ini.

Leave a Reply