Informasi Permainan Video Terkini
Permua Fortnite Menjana Pendapatan RM8 Juta Sehari Untuk Musim Ke 5

Permua Fortnite Menjana Pendapatan RM8 Juta Sehari Untuk Musim Ke 5

Diterbitkan pada July 25, 2018 oleh .

Semenjak dikeluarkan secara rasmi untuk iOS pada April lepas, penganalisa mengatakan permua Fortnite sudah menjana lebih RM4 Bilion melalui mikro-transaksi. Semenjak musim ke 5 bermula pada 12 Julai lepas, tampaknya pendapatan yang dijana melalui permua ini memperlihatkan peningkatan yang sangat baik.

Berdasarkan laporan Sensor Tower, sebelum ini purata pendapatan untuk permua Fornite adalah RM4.8 juta sehari. Selepas 10 hari musim ke 5 bermula, purata meningkat kepada $8 juta sehari. Ini mungkin disebabkan ramai yang membeli Battle Pass pada awal musim dan akan memperlihatkan penurunan selepas beberapa hari.

Namun, ia tetap memperlihatkan peningkatan jika dibandingkan dengan awal musim ke 4 iaitu secara purata menjana RM7.72 juta sehari. Fortnite yang hanya dikeluarkan untuk iOS sahaja buat masa ini sudah semestinya akan memperlihatkan peningkatan pendapatan mendadak apabila turut dikeluarkan untuk Android kelak.


TIPS & ULASAN