Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Battle Pass Musim Ke-5 Kini Bermula – Menyertakan Pelbagai Kostum Baru Dan Kenderaan Kart

Fortnite Battle Pass Musim Ke-5 Kini Bermula – Menyertakan Pelbagai Kostum Baru Dan Kenderaan Kart

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Bagi anda yang bermain permainan Fortnite, Epic Games hari ini melancarkan musim kelima buat Battle Pass dimana anda berpeluang untuk mendapatkan pelbagai kostum unik khas buat musim ini sahaja.

Untuk mendapatkan Battle Pass musim kelima ini, anda hanya perlu membelinya melalui kedai di dalam permainan dengan harga 950 V-Bucks. Melaluinya, terdapat 100 ganjaran yang anda boleh dapatkan dengan pelbagai barangan mengikut peringkat.

Menariknya juga, Epic Games juga mengemaskini dengan pelbagai perubahan untuk peta kawasan permainan yang baru seperti kawasan kapal Viking, kawasan padang pasir dan juga kenderaan ATK( All Terrain Kart) baru.

Melalui kenderaan ini, pemain berupaya untuk menaiki sebanyak empat pemain sekaligus seluruh skuad berupaya untuk mengembara bersama-sama.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan kostum-kostum dan kelengkapan menarik di dalam permainan Fortnite bersempena dengan Battle Pass musim kelima ini.

Permainan ini juga kini sudah berada di dalam PSN Store Malaysia dimana anda boleh muat-turunnya secara rasmi seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini.

Fortnite merupakan permainan bergenre Battle Royale yang sangat terkenal oleh Epic Games dimana ianya mempunyai berjuta pemain dan ianya telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Menariknya versi permua juga telahpun dilancarkan di peranti iOS April lepas.


TIPS & ULASAN