3 Jualan Promosi Sedang Berlangsung Di PlayStation Store

Kebiasaan kami pada akhir bulan adalah mengira duit lebih yang boleh dibelanja untuk membeli permainan video (tipu), dengan adanya jualan promosi sudah semestinya memudahkan keputusan kami.

Sekarang di PlayStation Store sedang berlangsung tiga jualan promosi yang memberikan pilihan permainan mengikut kategori masing-masing iaitu Playstation VR, PlayStation 4 dan PlayStation 3 serta PlayStation Vita.

Berikut adalah antara permainan yang ditawarkan, harga promosi yang disenaraikan adalah untuk bukan pelanggan PS Plus. Untuk pelanggan mungkin harga yang ditawarkan adalah lebih murah.

Jualan Promosi untuk PlayStation VR (berakhir 2 Ogos 2018)

  • Gran Turismo Sport Digital Deluxe – RM249 RM124.50
  • Resident Evil 7 Biohazard – RM125 RM93.75
  • Stifled – RM79 RM63.20
  • Monster of the Deep: Final Fantasy XV – RM95 RM57
  • Batman: Arkham VR – RM110 RM33

Jualan Promosi Beli 2 Untuk 50% Diskaun (berakhir 2 Ogos 2018)

  • The Heavy Rain & BEYOND: Two Souls – RM185
  • God of War III – RM99
  • Until Dawn – RM99
  • WipEOut OMEGA – RM149
  • Hidden Agenda – RM86

Jualan Promosi untuk PlayStation Vita (berakhir 28 Julai 2018)

  • LEGO Jurassic World – RM216 RM43.20
  • SENSAN KAGURA: SHINOVI VERSUS – RM149 RM52.15
  • VALHALLA KNIGHTS 3 – RM125 RM62.50
  • Rayman Legends – RM116 RM23.20
  • Volume – RM42 RM21

Jadi apa lagi ayuh kita berbelanja duit gaji lebih (tipu sekali lagi) di PlayStation Store.

PlayStation Store: Jualan Promosi untuk PlayStation VR

PlayStation Store: Jualan Promosi Beli 2 Untuk 50% Diskaun

PlayStation Store: Jualan Promosi untuk PlayStation Vita

Sohor Kini