Skip to main content

de Blob 2 merupakan permainan yang dikeluarkan untuk konsol Wii pada tahun 2008, kemudian ia dikeluarkan untuk konsol terkini iaitu Playstation 4 dan Xbox One pada 27 Februari lepas menyertai PC yang sudah dikeluarkan pada Jun tahun lepas.

Manakala Switch setakat ini baru menerima de Blob yang dikeluarkan pada bulan lepas. Melalui penyenaraian di Nintendo Store, de Blob 2 akan turut dikeluarkan untuk Switch pada 28 Ogos 2018.

De Blob adalah permainan 3D Platformer di mana anda akan mengawal sebuah gumpalan warna dan mewarnakan kembali bandar-bandar untuk memberi warna kembali ke dunia. Permainan ini dikeluarkan oleh THQ Nordic dan dibangunkan oleh Blue Tongue Entertainment.

Leave a Reply