Bagi pemain PC, memuat-turun ROM untuk permainan-permainan lama agar dapat dimainkan sudah menjadi kebiasaan akan tetapi kebanyakan melalui cara yang tidak dibenarkan. Paling popular adalah permainan-permainan dari konsol Nintendo iaitu Nintendo Entertainment System (NES).
NES mempunyai permainan popular seperti The Legend of Zelda, Super Mario Bros dan Kirby’s Adventure. Ramai pemain yang tidak berkesempatan ataupun ingin bermain balik permainan ini akan memuat turun ROM untuk bermainnya di PC.
Nintendo pada bulan ini menyaman dua laman yang menyediakan tempat untuk memuat-turun ROM tersebut iaitu LoveRetro dan LoveROMS dan mengikut Nintendo kedua-duanya dioperasikan oleh orang yang sama.
Nintendo mengatakan kedua-dua laman tersebut melanggar hak milik mereka dan meminta pampasan sehingga $100 juta. Namun kebiasaan laman tersebut akan ditutup berbanding perlu membuat bayaran pampasan. Setakat ini laman LoveRetro sudah ditutup, makala LoveROMS sudah membuang segala permainan-permainan Nintendo.
Walaupun ini adalah hak Nintendo, tetapi kami menjangkakan ia dilakukan terutama disebabkan mereka bakal mengeluarkan kembali sekali lagi konsol NES Classic Edition.