Informasi Permainan Video Terkini
DLC Watak Zamasu Dan Vegito Kini Dilancarkan Di Dragon Ball FighterZ
PC

DLC Watak Zamasu Dan Vegito Kini Dilancarkan Di Dragon Ball FighterZ

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa DCL watak Zamasu dan Vegito akan dilancarkan pada 31 Mei dan kini, Bandai Namco akhirnya melancarkan kedua-dua watak DLC tersebut.

Zamasu Fused merupakan watak hasil dari percantuman antara watak Zamasu dan Goku Black dengan penggunaan subang Potara. Manakala Vegito adalah watak hasil dari percantuman Goku dan Vegeta turut dengan penggunaan subang Potara.

Kedua-dua watak tersebut boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM19 setiap satu, manakala bagi anda yang mempunyai pas musim permainan tersebut, anda akan mendapatnya secara percuma.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z. Ia dilancarkan pada Januari lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan juga ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh melayari artikel ini untuk membacanya.


TIPS & ULASAN