Tahun fiskal 2017/2018 untuk Microsoft berakhir pada 30 Jun lepas. Sepanjang tahun fiskal ini bahagian permainan video mencatat pendapatan sebanyak $10 bilion (~RM40 bilion).
Untuk suku keempat, bahagian ini mencatat pendapatan sebanyak $2.29 bilion iaitu 39% peningkatan berbanding tahun fiskal lepas pada suku yang sama. Kebanyakan peningkatan ini adalah hasil penjualan permainan dari parti ketiga.
Pelanggan Xbox Live juga memperlihatkan peningkatan iaitu 57 juta berbanding 53 juta pada suku yang sama tahun fiskal lepas akan tetapi menurun berbanding suku kedua dan ketiga tahun fiskal ini yang mencatat 59 juta pelanggan.
Jika ingin dibandingkan, pendapatan tahun fiskal untuk Nintendo adalah $9.7 bilion manakala Sony $17.29 bilion.