Informasi Permainan Video Terkini
Servis Atas-Talian Gravity Rush 2 Kini Ditutup Secara Rasmi

Servis Atas-Talian Gravity Rush 2 Kini Ditutup Secara Rasmi

Diterbitkan pada July 20, 2018 oleh .

Setelah 18 bulan pelancaran Gravity Rush 2, Sony hari ini akhirnya menutup servis atas-talian buat permainan tersebut dimana pemain tidak lagi berupaya untuk bermain kandungan atas-talian iaitu mod cabaran harta karun.

Servis atas-talian Gravity Rush 2 asalnya dirancang untuk ditutup pada Januari lepas, namun Sony mengambil keputusan untuk menundanya sehingga hari ini.

Namun, bagi mereka yang ingin bermain secara solo, penutupan servis atas-talian tidak akan memberi sebarang kesan untuk mod permainan secara solo dan pemain masih lagi boleh bermain penceritaan utama permainan ini seperti biasa tanpa sebarang halangan.

Gravity Rush 2 merupakan permainan sekuel kepada Gravity Rush yang asalnya dilancarkan di Playstation Vita. Ia merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan watak Kat dimana beliau berupaya untuk memanupulasikan graviti. Gravity Rush 2 dilancarkan pada tahun lepas secara esklusif di Playstation 4.


TIPS & ULASAN