Informasi Permainan Video Terkini
Filem Joker Lakonan Joaquin Phoenix Akan Ditayangkan Bermula 4 Oktober 2019

Filem Joker Lakonan Joaquin Phoenix Akan Ditayangkan Bermula 4 Oktober 2019

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

Melalui DC Extended Universe, watak Joker yang membuat penampilan pertama kali di dalam filem Suicide Squad yang dikeluarkan pada tahun 2016 dilakonkan oleh Jared Leto.

Kemudian pada tahun lepas terdengar ura-ura mengatakan filem asal usul Joker akan diterbitkan tetapi menggunakan pelakon lain iaitu Joaquin Phoenix.

Minggu ini melalui laporan The Hollywood Reporter, filem yang akan bertajuk Joker tersebut akan mula ditayangkan pada 4 Oktober 2019 di Amerika Syarikat.

Menurut laporan itu lagi, bajet untuk filem ini adalah $55 juta dan agak rendah apabila dibandingkan filem-filem DC terbaru yang lain. Filem ini akan diarah oleh Todd Phillips dan ditulis oleh beliau bersama Scott Silver.

Pada bulan lepas ada laporan mengatakan filem Joker lakonan Jared Leto juga akan diterbitkan. Berbanding satu, nampaknya kita mungkin akan mendapat dua filem berdasarkan watak Joker akan tetapi buat masa ini filem Jared Leto masih tidak diumumkan tarikh pengeluaran.

Siri filem DC sudah semestinya memerlukan sesuatu yang lebih baik berbanding filem-filem sebelum ini.


TIPS & ULASAN