Informasi Permainan Video Terkini
Guerrilla Games Ingin Mempercepatkan Pembangunan Permainan Video

Guerrilla Games Ingin Mempercepatkan Pembangunan Permainan Video

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

Guerrilla Games merupakan antara studio pembangun di bawah Sony dan mereka popular dengan permainan Killzone tetapi kini sudah semestinya lebih dikenali dengan permainan Horizon: Zero Dawn yang dikeluarkan pada tahun lepas.

Berdasarkan laporan oleh Parool.nl, Guerrilla Games akan berpindah ke pejabat yang baharu agar dapat menampung jumlah pekerja yang lebih ramai. Mereka ingin menambah pekerja tetap dari 250 orang sekarang kepada 400 orang.

Ketua pengawal eksekutif Hermen Hulst mengatakan perkembangan ini adalah untuk memastikan mereka dapat mempercepatkan pembangunan permainan video terutama untuk permainan besar. Horizon sebelum ini mengambil masa 6 tahun untuk disiapkan, kini mereka ingin mengeluarkan permainan baharu setiap 2 atau 3 tahun tidak kira IP baharu ataupun yang sedia ada.

Selain untuk menampung pekerja, pejabat yang lebih besar juga akan digunakan untuk audio dan juga penangkapan pergerakan. Ini merupakan satu perkara yang positif untuk mereka.


TIPS & ULASAN