Informasi Permainan Video Terkini
Resident Evil 2 Akan Mempunyai Penceritaan Yang Berbeza Dengan Permainan Asal
PC

Resident Evil 2 Akan Mempunyai Penceritaan Yang Berbeza Dengan Permainan Asal

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

Antara permainan yang dinantikan oleh peminat, iaitu Resident Evil 2 yang mana ia merupakan permainan yang diolah semula daripada permainan asal yang dilancarkan di konsol Playstation 1 pada 1998 lepas kini mendapat sebilangan kemaskini terbaru sempena temu bual oleh Gaming Bolt bersama Mike Lunn, pengurus jenama oleh Capcom.

Melaluinya, beliau berkongsi bahawa penceritaan permainan Resident Evil 2 kali ini diolah semula yang mana Capcom akan menyelami penceritaannya lebih mendalam. Mike Lunn menyatakan bahawa kali ini, mereka akan mengembangkan lagi penceritaan sebahagian daripada watak di dalam permainan tersebut. Namun, beliau juga menyatakan penceritaan utama adalah masih lagi sama, tetapi terdapat juga beberapa kejutan yang bakal tiba buat peminat yang pasti memberi pengalaman yang berbeza dari segi naratif.

Beliau juga menyatakan permainan ini bukan sahaja permainan pernambah-baikkan, malah ianya diolah dan diimaginasi semula dengan pelbagai perubahan termasuklah tekaria yang lebih berlainan. Selain itu, posisi zombi dan musuh juga berbeza. Dimana menurut Mike Lunn, mereka ingin memastikan pemain yang mana bukan sahaja permainan ini memberi pengalaman yang berbeza buat pemain baru, malah buat pemain yang pernah bermain permainan asal Resident Evil 2.

Resident Evil 2 akan dikeluarkan pada 25 Januari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Selain itu, menurut Playstation Asia, permainan ini juga akan boleh dimainkan ketika acara Playstation Experience SEA 2018 yang bakal berlangsung Ogos ini di Bangkok, Thailand.


TIPS & ULASAN