Informasi Permainan Video Terkini
Resident Evil 2 Boleh Dicuba Semasa Acara PlayStation Experience 2018 Di Bangkok

Resident Evil 2 Boleh Dicuba Semasa Acara PlayStation Experience 2018 Di Bangkok

Diterbitkan pada July 18, 2018 oleh .

PlayStation Asia sebelum ini mengumumkan PlayStation Experience 2018 untuk Asia Tenggara akan berlangsung pada 18 hingga 19 Ogos di GMM Live House, Bangkok, Thailand.

4 permainan yang diumumkan akan berada semasa acara tersebut adalah Astrobot: Rescue Mission, Blood & Truth, Firewall Zero Hour dan Frantics, kemudian Fortnite dan Sonic Mania Plus juga diumumkan akan hadir.

Hari ini melalui kuciran di Akaun Twitter rasmi, PlayStation Asia mengumumkan Resident Evil 2 versi ditambah-baik akan turut hadir semasa acara tersebut dan anda boleh mencubanya.

Berbanding permainan-permainan lain yang diumumkan, ini sudah semestinya yang lebih menarik minat pemain kerana ia masih tidak dikeluarkan tambahan sudah semestinya ia adalah permainan yang digemari ramai.

Resident Evil 2 akan dikeluarkan pada 25 Januari 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN