Digerati dan iNK Stories hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan 1979 Revolution: Black Friday di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch bermula 1 Ogos ini. Permainan ini asalnya telah pun dilancarkan di PC melalui Steam pada 2016 lepas.
1979 Revolution: Black Friday merupakan permainan interaktif penceritaan yang berdasarkan cerita benar yang berlangsung di Tehran, Iran pada tahun 1978.
Melaluinya, pemain akan bermain sebagai Reza Shirazi, seorang wartawan bergambar yang baru sahaja pulang ke kampung halaman beliau dan mengetahui rakyat Iran mengadakan rusuhan terhadap raja, Dengan dilengkapi kamera, pemain perlu meneruskan penceritaan ketika acara bersajarah tersebut dan membuat pilihan untuk pastikan pemain dan juga watak sekeliling selamat.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya di konsol bermula Ogos ini. Bagi pemain PC, anda boleh dapatkannya di Steam dengan harga hanya RM15.50.