Splatoon 2 mula menemui pemain pada 21 Julai tahun lepas, hujung minggu ini permainan tersebut akan menyambut ulang tahun pertama. Bersempena ini, My Nintendo memberikan wallpaper dan juga rekaan poster yang boleh dicetak bertemakan Splatoon 2.
Untuk mendapatkan wallpaper tersebut anda perlu menebus dengan menggunakan 50 Platinum Points. Rekaan yang diberikan adalah satu untuk PC dan 2 untuk peranti pintar.
Manakala rekaan poster yang boleh dicetak anda boleh terus memuat-turun. Anda akan menerima fail dalam bentuk PDF dan bersaiz 11 x 17 inci. Terdapat dua rekaan yang berbeza.
Jika anda memiliki 3DS anda juga boleh mendapatkan tema untuk konsol tersebut, terdapat 5 rekaan dan setiap satu rekaan boleh ditebus menggunakan 20 Platinum Points.
Bagi kami rekaan yang ditawarkan sangat menarik, terutama poster dan kami semestinya akan mencetak-nya.
[info]My Nintendo: Splatoon 2 Wallpaper[/info] [info]My Nintendo: Splatoon 2 Poster[/info] [info]My Nintendo: Splatoon 2 Tema 3DS[/info]