Blizzard hari ini mengumumkan bahawa mereka kini menyertakan kesemua kandungan permainan World Of Warcraft secara bersama melalui langganan permainan. Ini bermaksud pemain tidak lagi perlu membeli teras permainan dan juga kandungan secara berasingan.
Menurut Blizzard, dengan harga $14.99(~RM60) sebulan, pemain berupaya untuk mendapat kesemua kandungan permainan World Of Warcraft termasuklah kandungan pernambahan dari awal permainan sehingga kandungan Legion tanpa sebarang kos tambahan.
Sebelum ini, permainan multi-pemain RPG ini memerlukan pemain untuk membeli permainan secara berasingan, termasuklah kandungan pernambahan yang lain dan juga membayar servis langganannya untuk terus bermain tanpa sebarang had peringkat.
Namun begitu, bagi kandungan Battle Of Azeroth yang bakal dilancarkan 14 Ogos ini, pemain masih lagi perlu membelinya dengan harga $49.99(~RM202) memandangkan ianya merupakan kemaskini terbaru buat permainan tersebut.
Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan permainan ini di PC melalui aplikasi Battle.net.