Call of Cthulhu merupakan antara permainan yang diperlihatkan oleh Focus Home Interactive di E3 2018. Permainan RPG seram ketahanan hidup ini dibangunkan oleh Cyanide yang mengambil inspirasi daripada cerita pendek oleh H.P. Lovecraft dan juga permainan RPG yang mempunyai tajuk sama dikeluarkan pada tahun 1981.
Permainan ini diumumkan pada tahun 2014 lagi dan dibangunkan oleh Frogwares tetapi setalah lama tidak mempunyai sebarang perkembangan terbaru ia muncul kembali tetapi dengan pembangun baharu iaitu Cyanide.
Minggu ini, Focus Home mengumumkan permainan ini akan dikeluarkan pada 31 Oktober 2018 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Di Steam permainan ini sudah tersenarai dengan harga RM99 akan tetapi anda boleh pra-tempah permainan ini dengan lebih murah iaitu RM89.10 Setakat ini ia masih tidak tersenarai di PlayStation Store akan tetapi kami jangkakan harga di PlayStation 4 adalah $44.99 (RM180).
[info]Pra-Tempah: Call of Cthulhu (Steam)[/info]