Informasi Permainan Video Terkini
Microsoft Bakal Memperkenalkan Perkakasan Xbox Baru Pada Acara Gamescom 2018 Ogos Ini

Microsoft Bakal Memperkenalkan Perkakasan Xbox Baru Pada Acara Gamescom 2018 Ogos Ini

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

Melalui laman blog Major Nelson, iaitu pengarah pengaturcara permainan untuk Microsoft mengumumkan bahawa mereka akan membawa perkakasan terbaru buat Xbox ketika acara Gamescom 2018 yang akan berlangsung pada Ogos ini.

Namun, ini tak semestinya bermaksud bahawa mereka akan mengumumkan konsol seterusnya buat Xbox walaupun mereka telah memperacahkan bahawa mereka sedang mula membangunkan konsol seterusnya pada E3 2018 lepas, namun menurut laporan Engadget, perkakasan terbaru tersebut mungkin adalah alat kawalan Xbox One Elite yang terbaru.

Walaupun bagimana pun, ianya masih lagi spekulasi bagi pihak kami dan juga mungkin Microsoft akan memperkenalkan konsol Xbox One yang baru seperti versi yang lebih kecil ataupun Xbox seterusnya itu sendiri? Seperti biasa kami akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah diumumkan oleh Microsoft Ogos kelak.


TIPS & ULASAN