Informasi Permainan Video Terkini
Telltale Games Berkongsi Trailer Untuk Musim Terakhir The Walking Dead – Akan Dikeluarkan Pada 14 Ogos 2018
PC

Telltale Games Berkongsi Trailer Untuk Musim Terakhir The Walking Dead – Akan Dikeluarkan Pada 14 Ogos 2018

Diterbitkan pada June 7, 2018 oleh .

The Walking Dead merupakan permainan yang memperkenalkan kami kepada Telltale Games. The Walking dead mempunyai 3 musim sebelum ini dan satu permainan sampingan iaitu Michonne.

Selepas memperacahkan melalui kuciran Twitter pada April lepas, hari ini akhirnya Telltale Games berkongsi trailer untuk musim terakhir The Walking Dead, dan juga kali terakhir kita akan bermain ataupun melihat Clementine.

Trailer ini memperlihatkan Clementine dan Aj berbual dan mereka berdua sudah membesar selepas The Walking Dead sebelum ini iaitu A New Frontier. Selain menyedari yang ini adalah permainan terakhir, kami juga bersedih dengan kata-kata terakhir Clementine di dalam trailer ini yang memperingatkan kembali kepada musim pertama.

The Walking Dead The Final Season akan dikeluarkan pada 14 Ogos 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC dan anda boleh pra-tempah bermula 8 Jun 2018.


TIPS & ULASAN