Dengan kerjasama antara Skydance Interactive dan Skybound Entertainment, kedua-dua syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan realiti-maya berdasarkan francais The Walking Dead iaitu The Walking Dead: Saints & Sinners.
Menurut mereka, permainan tersebut akan dilancarkan pada tahun hadapan dimana pemain akan ditemankan di kawasan bandar New Orleans dan perlu mengembara di kawasan tersebut dengan meneruskan hidup dengan bertempur dengan zombi-zombi.
Menariknya, berdasar tajuk permainan tersebut, iaitu Saint (Wali) atau Sinner (Pendosa), pemain berupaya untuk membuat pilihan yang baik ataupun buruk untuk meneruskan hidup dan menggerakkan penceritaan permainan.
Buat masa ini, informasi lanjut masih belum diumumkan termasuklah platform realiti-maya permainan tersebut. Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi tambahan setelah diumumkan oleh mereka kelak.