Informasi Permainan Video Terkini
(Dikemaskini) Tencent Dilaporkan Memenangi Kes Melawan Pembangun Mobile Legends – Dianugerahkan Lebih RM11 Juta

(Dikemaskini) Tencent Dilaporkan Memenangi Kes Melawan Pembangun Mobile Legends – Dianugerahkan Lebih RM11 Juta

Diterbitkan pada July 18, 2018 oleh .

Kemaskini

Saman yang difailkan oleh Tencent adalah terhadap ketua pengawal eksekutif Moonton Xu Zhenhua dan bukan ke atas Moonton sendiri. Zhenhua yang didenda RMB19.4 juta (~sekitar RM11 juta) secara peribadi.

Artikel Asal

Riot Games sebelum ini telah dilaporkan memfailkan saman ke atas permua Mobile Legends kerana dikatakan meniru pelbagai elemen daripada permainan League of Legends.

Walau bagaimanapun, kes awal ditamatkan kerana pelabur Riot Games turut memfailkan saman ke atas permua Mobile Legends.

Melalui apa yang dilaporkan DotEsports, Tencent memenangi kes berkenaan, dan pembangun Mobile Legends diarahkan membayar sebanyak RMB19.4 juta (~sekitar RM11 juta) kepada Tencent Holdings.

Pada saman pertama yang difailkan Riot Games terhadap Moonton, ia memperlihatkan pelbagai perbandingan antara League of Legends dan Mobile Legends – yang mana memperlihatkan terdapat elemen watak, kuasa dalam permainan, malah peta permainan yang menyerupai permainan League of Legends.

Ia dikatakan Tencent melalui permainan Arena of Valor turut akan memfailkan saman tambahan terhadap penerbit permua Mobile Legends.

Artikel ini telah diterbitkan terlebih dahulu di Amanz.


TIPS & ULASAN