Defiant Development minggu ini mengumumkan Hand of Fate 2 untuk Switch kini sudah boleh di beli melalui eShop. Ia merupakan sambungan kepada permainan Hand of Fate yang dikeluarkan pada tahun 2015.
Permainan pengembaraan aksi yang berdasarkan kad ini sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada November tahun lepas. Versi Switch akan disertakan dengan kesemua DLC yang dikeluarkan dan pelbagai DLC akan dikeluarkan nanti.
Hand of Fate 2 kini boleh diperoleh di Steam dengan harga RM51, di PlayStation Store dengan harga RM91 dan Switch $29.99 (RM121).