Minggu ini Konami mengumumkan Weekly Shonen Jump: Jikkyou Janjan Stadium iaitu permua yang mempunyai teknik permainan seakan Super Smash Bros tetapi menggunakan watak dari manga keluaran Shonen Jump.

https://www.youtube.com/watch?v=_ruO_HZkeMk

Melalui video pengumuman yang dikongsi kan ia memperlihatkan watak-watak yang akan disertakan di dalam permainan ini dan lebih banyak watak akan dimasukkan kemudian.

Permua ini adalah pertempuran 4 pemain dan pemain boleh melakukan pergerakan khas untuk setiap watak. Pemain di Jepun boleh mencuba permainan ini di Jump Victory Carvinal 2018 yang akan berlansung di Tokyo dan Osaka.

Weekly Shonen Jump: Jikkyou Janjan Stadium akan dikeluarkan pada tahun ini untuk iOS dan Android di pasaran Jepun. Tiada maklumat mengenai pengeluaran secara global buat masa ini.

Sohor Kini