WILL: A Wonderful World merupakan permainan yang dibangunkan oleh WMY Studio dan dikeluarkan untuk PC pada Jun 2017. Permainan tekaria novel visual yang memfokuskan penceritaan ini mendapat ulasan yang baik di Steam.

Menurut Circle Entertainment melalui kuciran di akaun Twitter, mereka akan menerbitkan permainan tersebut untuk Switch dan akan tiba pada tahun ini.

Pembangun permainan video ini kemudian mengatakan mereka sedang meningkatkan kualiti grafik dan juga kelancaran permainan dan berharap dalam menyiapkannya pada suku ketiga tahun ini.

Berdasarkan akaun Twitter pembangun mereka turut mengatakan sedang membangunkan permainan ini untuk PS4 akan tetapi buat masa ini tiada tarikh pengeluaran dinyatakan. Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mencuba permainan ini di Switch.

Sohor Kini