Roblox Bakal Menjana Lebih $70 Juta Untuk Pencipta Permainan Awam

Roblox merupakan permainan yang sangat popular di kalangan kanak-kanak. Namun jika anda seorang dewasa dan bermain Roblox kami tidak akan memandang sinis, kami menyokong kesemua pilihan pemain.

Selain mempunyai pelbagai permainan, Roblox juga membolehkan pelbagai pihak untuk mencipta permainan mereka sendiri di dalam Roblox. Pencipta permainan boleh membuat duit dengan membolehkan pemain membeli barangan di dalam permainan mereka.

Setakat ini ada lebih 4 juta pereka iaitu 2 kali ganda lebih ramai berbanding tahun lepas yang menghasilkan lebih 11 juta barangan di dalam permainan. Roblox minggu ini mengumumkan mereka menghampiri jumlah $70 juta pembayaran untuk pencipta permainan awam bagi tahun 2018.

Jika anda berminat untuk melibatkan diri dalam penjualan barangan permainan tetapi tidak ingin mereka permainan baharu, mungkin anda boleh mencuba Roblox.

Roblox dikeluarkan untuk Xbox One, Android, iOS dan PC.

Sohor Kini