Informasi Permainan Video Terkini
Tarikh Beta Tertutup Call Of Duty: Black Ops 4 Diumumkan – Bermula 4 Ogos
PC

Tarikh Beta Tertutup Call Of Duty: Black Ops 4 Diumumkan – Bermula 4 Ogos

Diterbitkan pada July 15, 2018 oleh .

Sebelum ini, Activision mengumumkan permainan Call Of Duty: Black Ops 4 akan dilancarkan pada 12 Oktober ini dan bagi mereka yang membuat pra-tempahan, Activision akan mengadakan sesi percubaan beta tertutup khas buat permainan tersebut. Kini, Activision akhirnya mengumuman tarikh sesi beta tertutup permainan tersebut iaitu pada Ogos ini.

Beta tertutup tersebut boleh di akses hanya buat mereka yang membuat pra-tempahan permainan tersebut dan ianya akan berlangsung di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Bagi pemain Playstation 4, Activision menyediakan akses awal untuk beta iaitu bermula 4 Ogos.

Manakala pemain PC pula, anda tidak perlu membuat pra-tempahan untuk mengakses beta dan ianya akan bakal tiba esklusif di Battle.net. Namun, bagi pemain yang membuat pra-tempahan, mereka akan mendapat beta tersebut lebih awal.

Berikut adalah senarai tarikh dan waktu beta tertutup buat permainan Call Of Duty: Black Ops 4 mengikut waktu tempatan.

  • Playstation 4 (akses awal) : 4 Ogos jam 1 pagi hingga 7 Ogos jam 1 pagi
  • Playstation 4 dan Xbox One : 11 Ogos jam 1 pagi hingga 14 Ogos jam 1 pagi
  • PC (akses awal) : 11 Ogos jam 1 pagi hingga 14 Ogos jam 1 pagi
  • PC (beta terbuka) : 12 Ogos jam 1 pagi

Melalui beta tersebut, activision akan menyertakan enam peta kawasan yang mana dua daripadanya merupakan peta yang belum lagi diumumkan. Selain itu, pemain juga berpeluang untuk menggunakan kelas Specialist baru yang akan mempunyai bentuk permainan baru.

Dari segi mod permainan, terdapat lima mod permainan yang pemain boleh cuba iaitu Team Deathmatch, Domination, Hardpoint dan Search & Destroy. Selain itu, Activision juga akan menyertakan mod yang baru iaitu Control yang mana ianya direka khas untuk permainan Black Ops 4.

Selain itu, Activision juga menyatakan bahawa beta bagi mod Blackout (Battle Royale) yang diumumkan oleh mereka sebelum ini juga bakal tiba pada September ini. Namun bagi informasi mod tersebut, mereka akan mengumumkannya kelak.

Call Of Duty: Black Ops 4 merupakan siri seterusnya untuk Call Of Duty bagi tahun ini. Permainan ini memfokuskan bentuk permainan penembak pandang pertama dan kali ini, Call Of Duty: Black Ops 4 tidak mempunyai sebarang mod penceritaan solo dimana ianya akan memfokuskan bentuk multi-pemain. Call Of Duty: Black Ops 4 dirancang untuk dilancarkan pada 12 Oktober ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN