Activision melalui penulisan di blog rasmi mereka mengumumkan siri terbaru untuk Call of Duty iaitu Call of Duty: Black Ops 4 (BO4) akan dikeluarkan pada 12 Oktober 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.
Kebiasaan siri permainan Call of Duty dikeluarkan pada bulan November, kemungkinan besar BO4 dikeluarkan lebih awal adalah kerana Red Dead Redemption akan dikeluarkan pada 26 Oktober 2018.
Mereka juga akan memberi maklumat lanjut semasa acara khas yang dijadualkan pada 17 Mei 2018 nanti. Kami akan mengemaskini apabila mendapat lebih maklumat lanjut mengenai BO4.