Informasi Permainan Video Terkini
Pembangunan P.T Versi PC Dihentikan Setelah Dihalang Konami
PC

Pembangunan P.T Versi PC Dihentikan Setelah Dihalang Konami

Diterbitkan pada July 14, 2018 oleh .

P.T versi PC telah dibangunkan oleh seorang peminat pada awal bulan ini. Ia ditawarkan secara percuma kepada mereka yang terlepas memainkan demo P.T pada PlayStation 4. Berita buruk pagi ini ialah pembangunan versi PC ini telahpun dihentikan selepas dihalang oleh pihak Konami.

Menurut Qimsar yang membangunkan versi ini secara solo, pihak Konami menghubungi beliau untuk menarik semula permainan dari laman muat turun. Ini adalah kerana versi ini menggunakan semula aset asal P.T versi PlayStation 4 sekaligus melanggar harta intelek Konami. Sungguhpun begitu beliau kini menerima tawaran untuk melakukan latihan industri di Konami serta diberikan beberapa permainan video percuma keluaran syarikat tersebut sebagai ganjaran kepada usaha yang telah dilakukan.


TIPS & ULASAN