Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Hari Ini : Hacknet
PC

Permainan Percuma Hari Ini : Hacknet

Diterbitkan pada July 13, 2018 oleh .

Hacknet merupakan salah satu permainan berbentuk simulasi yang memfokuskan kepada pengodaman. Permainan simulasi ini menggunakan antaramuka berbentuk terminal, dan diperkatakan ramai sebagai salah satu permainan yang memberikan pengalaman hampir sebenar seumpama dalam dunia pengodam.

Hacknet

Permainan ini telah dilancarkan 2015 yang lepas, dan beberapa kandungan tambahan telah ditawarkan sejak daripada itu.

Menariknya, untuk penghujung minggu ini, pembangun permainan Hacknet menawarkannya secara percuma – sekaligus membolehkan anda untuk memuat-turunnya dan memainkannya tanpa sebarang bayaran.

Bagi anda yang berminat dan ingin menambah koleksi permainan anda, boleh ke laman Steam hari ini, dan menebus permainan Hacknet ini ke akaun anda.

Muat-Turun Hacknet


TIPS & ULASAN