Informasi Permainan Video Terkini
Galak-Z: Variant S Dan Variant Mobile Kini Dilancarkan – Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma
PC

Galak-Z: Variant S Dan Variant Mobile Kini Dilancarkan – Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma

Diterbitkan pada July 13, 2018 oleh .

Sebelum ini, GungHo Online Entertaiment mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Galak-Z: Variant S buat konsol Switch dan juga versi permua Galak-Z: Variant Mobile. ‘

Kini mereka akhirnya melancarkan permainan tersebut di konsol Switch dan juga peranti iOS dan Android secara percuma.

Galak-Z merupakan permainan penembak penyangak yang dibangunkan oleh 17-Bit. Permainan ini memfokuskan penembak kapal angkasa yang mana pemain akan mengawal kapal angkasa Galak-Z dan bertempur dengan pelbagai musuh di angkasa lepas dan mengelak pelbagai perangkap dan serangan-serangan daripada musuh. Pemain juga berupaya untuk mengubah kepada robot mecha ketika bertempur untuk menyerang musuh dengan kuasa serangan yang lebih kuat.

Galak-Z: Variant S dan Variant Mobile merupakan permainan seterusnya Galak-Z yang telahpun dilancarkan di PC dan Playstation 4. Melalui versi ini, pemain kali ini berupaya untuk mainkannya secara mudah-alih dimana Variant S merupakan versi Switch yang menyokong alat kawalan JoyCon dan Variant Mobile menyokong skrin sesentuh telefon pintar.

Bagi anda yang berminat untuk memuat-turun permainan ini, ianya boleh dimuat-turun sekarang secara percuma dan seperti permua lain, ianya mempunyai sebilangan mikro-transaksi permainan yang pemain boleh dapatkan dengan menggunakan wang nyata.

Muat-Turun iOS : Galak-Z: Variant Mobile

Muat-Turun Android : Galak-Z: Variant Mobile

Muat-Turun Switch : Galak-Z: Variant S


TIPS & ULASAN