Informasi Permainan Video Terkini
Pamali – Permainan Seram Berdasarkan Cerita Rakyat Indonesia
PC

Pamali – Permainan Seram Berdasarkan Cerita Rakyat Indonesia

Diterbitkan pada July 13, 2018 oleh .

Bagi anda yang meminati siri permainan seram, anda mungkin berminat untuk mencuba permainan seram terbaru oleh pembangun dari Indonesia, StoryTale Studios dimana mereka mengumumkan permainan seram Pamali, yang memfokuskan latar belakang seram berdasarkan cerita rakyat Indonesia.

Menariknya, permainan ini akan memfokuskan empat cerita rakyat dimana antaranya adalah Kuntilanak, Pocong, Toyol dan Leak. Sememangnya cerita rakyat ini amat menarik memandangkan Indonesia juga berkongsi budaya yang hampir sama dengan Malaysia, sekaligus cerita rakyat yang disediakan merupakan bukan sesuatu yang asing buat kita.

Bagi anda yang berminat, StoryTale Studios telahpun melancarkan kempen biayasama di Kickstarter dimana anda boleh memberi sokongan untuk mereka membangunkan permainan tersebut. Ketika artikel ini ditulis, masih lagi terdapat 17 hari sebelum kempen biayasama tersebut tamat di Kickstarter. Sekaligus bagi anda yang ingin memberi sokongan, anda boleh ke laman Kickstarter mereka.

Buat masa ini, tarikh pelancaran masih belum diumumkan, namun menurut pembangun, mereka akan melancarkannya di PC melalui Steam. Menariknya, jika mereka mencapai sebilangan matlamat kempen, mereka mungkin akan melancarkannya secara realiti-maya melalui Oculus Rift dan HTC Vive. Manakala versi Playstation 4 dan Xbox One juga berada di dalam senarai matlamat kempen mereka.

Selain itu, bagi anda yang ingin mencuba permainan ini, anda boleh memuat-turun demo permainan tersebut secara percuma. Melalui demo tersebut, anda boleh mencuba cerita rakyat pertama, Kuntilanak dan mengembara di dalam permainan seram tersebut.

Muat-Turun : Demo Pamali: Indonesian Folklore Horror


TIPS & ULASAN