Informasi Permainan Video Terkini
Cate Shortland Akan Mengarah Filem Solo Black Widow – Penceritaan Berlaku Sebelum Filem The Avengers Pertama

Cate Shortland Akan Mengarah Filem Solo Black Widow – Penceritaan Berlaku Sebelum Filem The Avengers Pertama

Diterbitkan pada July 13, 2018 oleh .

Peminat-peminat filem Marvel sering meminta untuk Black Widow yang dilakonkan oleh Scarlett Johansson mempunyai filem solo selepas sudah membuat penampilan untuk 6 filem Marvel yang lain.

Maklumat mengenai filem solo Black Widow mula kedengaran pada awal tahun ini apabila ada laporan mengatakan Jac Schaeffer akan menjadi penulis untuk filem ini, Marvel kemudiannya mengesahkan berita ini.

Pada bulan Mei lepas, satu laporan mengatakan Marvel sudah bertemu dengan 70 pengarah untuk memilih pengarah bagi filem ini. Hari ini berdasarkan laporan oleh The Hollywood Reporter, Cate Shortland yang pernah mengarah filem seperti Berlin Syndrome dan Lore dipilih sebagai pengarah filem ini.

Tarikh pengeluaran filem ini masih tidak dinyatakan akan tetapi diperkatakan penceritaan filem ini berlaku sebelum kejadian di dalam The Avengers yang pertama yang dikeluarkan pada tahun 2012. Adakah anda ingin filem solo Black Widow?


TIPS & ULASAN