Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Battle Royale Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Playstation Store Malaysia

Fortnite Battle Royale Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Playstation Store Malaysia

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Fortnite Battle Royale sudah dikeluarkan untuk PS4 pada awal pengeluaran permainan ini lagi akan tetapi pengguna di Malaysia terpaksa menggunakan akaun luar Malaysia untuk memuat turun dan bermain permainan ini.

Akhirnya, bermula hari ini pemain boleh memuat turun Fortnite menggunakan akaun Playstation Malaysia anda. Secara langsung segala pembelian di dalam permainan seperti Wingman Starter Pack dan mata wang maya V-Bucks kini boleh dibeli dengan harga ringgit Malaysia.

Untuk pelanggan PS Plus anda boleh mendapatkan PlayStation Plus Celebration Pack yang mengandungi kostum dan beg khas secara percuma.

Disebabkan Sony tidak membenarkan fungsi rentas-platform untuk Fortnite bersama konsol lain, akaun yang anda gunakan melalui PlayStation tidak boleh digunakan untuk Fortnite di Xbox One dan juga Switch tetapi tiada masalah untuk PC dan permua.

PlayStation Store: Fortnite Battle Royale


TIPS & ULASAN