Informasi Permainan Video Terkini
The Gardens Between Diumumkan – Bakal Tiba Di Playstation 4, Switch Dan PC

The Gardens Between Diumumkan – Bakal Tiba Di Playstation 4, Switch Dan PC

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

The Voxel Agents hari ini mengumumkan permainan The Gardens Between bakal tiba buat di Playstation 4, Switch dan juga PC. Menurut pembangun, permainan ini dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini.

The Gardens Between merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan dua rakan baik dimana pemain berupaya untuk memanipulasikan masa untuk menyelesaikan siri tekaria yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Namun, apa yang buat kami tertarik dengan permainan adalah visual grafik yang sangat cantik dan mengingatkan kami dengan permainan seperti Monument Valley dan bentuk permainan Captain Toad: Treasure Tracker.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang informasi tambahan apabila The Voxel Agents mengumumkan sebarang kemaskini buat permainan tersebut.


TIPS & ULASAN