Informasi Permainan Video Terkini
State Of Mind – Permainan Ngeri Futuristik Oleh Daedalic Entertainment

State Of Mind – Permainan Ngeri Futuristik Oleh Daedalic Entertainment

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Bertempatkan di Berlin, Jerman pada tahun 2048, permainan State Of Mind merupakan permainan yang memfokuskan penceritaan oleh Daedalic Entertainment. Menurut pembangun, permainan ini memfokuskan genre ngeri yang bertema futuristik.

Melalui permainan State Of Mind, terdapat dua dunia yang berbeza dimana dunia nyata iaitu di Berlin itu sendiri dan juga dunia maya bernama City 5.

Pemain akan mengawal watak Richard Nolan, seorang wartawan dan bapa dimana hidup beliau mula musnah bersama-sama memorinya. Disitu, pemain perlu menyelesaikan misteri permainan tersebut dengan harapan dapat mengembalikan hidup asalnya bersama-sama watak Adam Newman dari dunia lain.

State Of Mind akan dilancarkan pada 15 Ogos ini di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam.


TIPS & ULASAN