Bersempena dengan acara Anime Expo yang berlangsung minggu lepas, Bandai Namco mempertontonkan trailer terbaru buat permainan Tales Of Vesperia: Definitive Edition. Permainan tersebut asalnya diumumkan ketika acara E3 2018 lepas.
Tales Of Vesperia asalnya dilancarkan pada 2008 lepas di Xbox 360 dan versi Playstation 3 dilancarkan pada 2009 namun buat pasaran Jepun sahaja. Kini setelah hampir 10 tahun, permainan tersebut bakal kembali dengan pelbagai pernambahan yang disertakan sebelum ini secara global.
Melalui video tersebut, Bandai Namco mempertontonkan sebilangan bentuk permainan bersama kandungan permainan yang bakal tiba. Bagi anda yang meminati siri permainan JRPG Tales Of, permainan ini sememangnya harus dimain oleh anda.
Tales Of Vesperia: Definitive Edition akan dilancarkan pada musim sejuk tahun ini iaitu antara bulan Disember sehingga Mac. Menurut Bandai Namco, ianya akan tiba di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam.