Informasi Permainan Video Terkini
Playstation Store: Senarai Permainan Paling Banyak Dimuat-Turun Untuk Bulan Jun

Playstation Store: Senarai Permainan Paling Banyak Dimuat-Turun Untuk Bulan Jun

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertainment melalui penulisan di blog rasmi Playstation mengeluarkan senarai permainan yang paling banyak dimuat-turun di Playstation Store untuk bulan Jun.

Senarai yang dikeluarkan adalah permainan PS4, permainan PSVR, permainan percuma untuk dimainkan, permainan PS Vita, tema untuk PS4 dan permainan PS Classics. Untuk penulisan ini kami akan berkongsi permainan PS4 untuk senarai penuh anda boleh melayari blog Playstation menggunakan pautan di bawah.

Berikut adalah 10 permainan PS4 yang dimuat-turun terbanyak di Playstation Store untuk bulan Jun.

  1. Grand Theft Auto V
  2. FIFA 18
  3. God of War
  4. The Last Of Us Remastered
  5. Detroit: Become Human
  6. Mortal Kombat XL
  7. Jurassic World Evolution
  8. Horizon Zero Dawn: Complete Edition
  9. Minecraft: PlayStation 4 Edition
  10. Gran Turismo Sport

Kebanyakan permainan yang mendahului adalah permainan lama yang dijual dengan harga promosi. Selain God of War, Detroit: Become Human dan Jurassic World Evolution permainan-permainan lain sudah lebih setahun dikeluarkan.

Walaupun FIFA 19 akan dikeluarkan tidak lama lagi, tampaknya ia tidak menghalang pemain untuk terus mendapatkannya. Kemungkinan kerana ingin mencuba penambahan piala dunia yang dikeluarkan secara percuma.


TIPS & ULASAN