Informasi Permainan Video Terkini
Disney Mendapat Hak Rasmi Untuk Menayangkan Overwatch League Di Rangkaian Mereka

Disney Mendapat Hak Rasmi Untuk Menayangkan Overwatch League Di Rangkaian Mereka

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Jika sebelum ini Twitch mendapat hak untuk mengstrim kejohanan Overwatch League di laman mereka melalui perjanjian yang bernilai sekurangnya $90 juta, kini Disney turut mendapat hak tersebut tetapi untuk ditayangkan di rangkaian mereka seperti ESPN, Disney XD dan ABC.

Menurut naib presiden Disney XD Marc Buhaj, mereka akan mula menayangkan kejohanan ini di pusingan Playoffs (yang kini sudah bermula) sehingga pusingan akhir yang akan berlangsung pada 27-28 Julai. Mereka akan menayangkan secara lansung di rangkaian ESPN dan Disney XD manakala highlight di ABC.

Perjanjian ini adalah sehingga 2019 oleh kerana peringkat liga untuk musim seterusnya akan turut ditayangkan oleh rangkaian Disney. Buat masa ini mereka tidak berkongsi nilai perjanjian ini.


TIPS & ULASAN