Subnautica, iaitu permainan yang meletakkan pemain mengembara di dalam lautan kini diumumkan bahawa ianya bakal tiba buat Playstation 4.

Asalnya dilancarkan di Steam pada awal tahun ini dan Xbox One sebagai permainan Game Preview, permainan tersebut mendapat pelbagai pujian berkenaan penerokaan dan bentuk permainan pertahanan hidup di dalam lautan.

Subnautica merupakan permainan yang dibangunkan oleh Unknown Worlds dan Panic Button yang memfokuskan bentuk pertahanan hidup futuristik di dalam air dimana pemain perlu menghasilkan barangan, memandu kapal selam dan mengembara di dalam dunia lautan untuk meneruskan hidup.

Menurut Gearbox Publishing, iaitu pengeluar permainan tersebut, mereka menyatakan bahawa permainan ini bakal tiba pada musim cuti tahun ini iaitu antara bulan November sehingga Disember.

Bagi anda yang meminati permainan berbentuk pertahanan hidup, anda mungkin berminat untuk mendapatkan permainan Subnautica ini bermula hujung tahun ini.

Sohor Kini