Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Tabletop Kad The Binding of Issac Mengutip Dana $1 Juta Dalam Masa 2 Minggu

Permainan Tabletop Kad The Binding of Issac Mengutip Dana $1 Juta Dalam Masa 2 Minggu

Diterbitkan pada July 11, 2018 oleh .

The Binding of Issac merupakan permainan dungeon crawler yang mempunyai watak dan penceritaan yang menarik jika tidak pelik. Selepas pertama kali dikeluarkan pada tahun 2011 ia sudah dikeluarkan dengan pelbagai versi untuk pelbagai platform.

Pencipta permainan ini Edmund McMillen ingin membawa permainan dalam bentuk baharu – permainan kad. Permainan ini dinamakan sebagai The Binding of Isaac: Four Souls. Beliau memulakan kempen biayasama Kickstarter pada 27 Jun dan kini sudah mengutip sebanyak $1.2 juta dan kempen masih berbaki 15 hari walaupun hanya meminta $50 ribu.

Menariknya permainan kad ini akan mengikut penceritaan permainan ini tetapi boleh dimainkan secara multi-pemain iaitu 2 hingga 4 pemain dan setiap pemain boleh berkoperasi dengan pemain lain, dan juga boleh mengkhianati.

Pemain mengikut turutan akan memainkan kad loot dan barangan untuk membunuh raksasa bagi mendapatkan barangan ataupun roh. Pemain yang mendapat 4 roh akan memenangi.

Dijangka akan siap dan diedarkan pada bulan November ini anda boleh menyumbang untuk mendapatkan permainan ini dengan harga bermula $25 (RM100) tetapi perlu menambah $20 (RM80) sebagai kos penghantaran untuk luar Amerika Syarikat.

Kickstarter: The Binding of Isaac: Four Souls


TIPS & ULASAN