Informasi Permainan Video Terkini
Dead Cells Untuk Konsol Akan Tiba Pada 7 Ogos 2018

Dead Cells Untuk Konsol Akan Tiba Pada 7 Ogos 2018

Diterbitkan pada July 11, 2018 oleh .

Dead Cells merupakan permainan platformer-aksi yang sudah dikeluarkan sebagai akses awal di Steam dan pada awal tahun ini Motion Twin mengumumkan Dead Cells akan turut dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan juga Nintendo Switch.

Hari ini akhirnya mereka mengumumkan permainan tersebut akan keluar dari akses awal dan juga akan dikeluarkan untuk konsol pada 7 Ogos 2018. Mereka turut mempertontonkan trailer baharu bersempena pengumuman ini.

Jika anda tidak biasa dengan permainan ini berikut adalah antara perkara menarik mengenainya.

  1. Dead Cells adalah permainan rogue-lite iaitu pemain yang mati perlu mengulangi semula akan tetapi akan membawa sebarang kebolehan yang didapati sebelum ini.
  2. Permainan ini mempunyai pertempuran yang sukar akan tetapi menyeronokkan, ia juga akan disertakan dengan 50 jenis senjata dan spells.
  3. Penjelajahan juga merupakan sesuatu yang ditekankan dalam permainan ini. Ada pelbagai bilik rahsia, laluan tersembunyi dan persekitaran yang menarik untuk pemain jumpai.

Permainan ini sudah boleh dibeli di PC dengan harga RM44, manakala untuk PlayStation 4 ia masih tidak tersenarai di dalam PS Store, manakala untuk Switch, anda boleh mula pra-tempah bermula 18 Julai 2018.


TIPS & ULASAN