Skip to main content

Bagi anda yang menonton filem robot mecha seperti Pacific Rim ataupun Gundam anda pasti berminat dengan permainan terbaru oleh Modus Game iaitu Override: Mech City Brawl yang mana ia memfokuskan permainan perlawanan berbentuk robot mecha. Permainan ini dibangunkan oleh The Balance dan dilancarkan oleh Modus Game.

Override: Mech City Brawl akan meletakkan pemain sebagai pemandu robot mecha. Terdapat 12 jenis robot pemain boleh pandu dan menurut pembangun, permainan ini akan menyertakan mod perlawanan antara pemain lain secara multi-pemain. Mereka juga akan menyertakan mod penceritaan dan juga mod koperasi yang membolehkan empat pemain untuk mengawal satu robot.

Menariknya juga, permainan ini juga akan membenarkan pemain untuk mengubah-suai pelbagai jenis  mengubah-suaian kelengkapan robot melalui mod The Garage. Selain itu, The Balance juga akan menyertakan pelbagai lokasi ikonik dari dunia nyata seperti bandaraya Tokyo, San Francisco dan sebagainya.

Override: Mech City Brawl akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC pada 4 Disember 2018 ini. Terdapat dua versi yang akan dilancarkan dimana versi biasa dengan harga $29.99(~RM120) dan versi Super Charge Mega Edition dengan harga $39.99(~RM160) yang akan menyertakan pas musim dengan empat robot tambahan bersama kostum tambahan.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan ini lebih awal, anda boleh mendaftar beta tertutp permainan ini melalui laman rasmi permainan tersebut dibawah.

[info] Daftar: Beta Tertutup Override: Mech City Brawl [/info]

Leave a Reply