Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Mobile Beta Hadir Ke Android – Membolehkan Anda Mencuba Beberapa Ciri Sebelum Dilancarkan

PUBG Mobile Beta Hadir Ke Android – Membolehkan Anda Mencuba Beberapa Ciri Sebelum Dilancarkan

Diterbitkan pada July 11, 2018 oleh .

PUBG Mobile boleh dikatakan merupakan salah satu permua popular yang dimainkan ramai. Terkini, Tencent turut hadir dengan penawaran baru dinamakan BETA PUBG MOBILE, dimana melaluinya ia membolehkan pengguna mencuba sejumlah ciri-ciri baru yang akan datang ke permainan berkenaan sebelum ia dilancarkan secara rasminya.

Ditawarkan untuk Android sahaja buat masa ini, dan ia hadir tanpa sokongan pembelian dalam aplikasi.

Melalui versi yang ditawarkan bermula hari ini, ia hadir dengan mod permainan baru dinamakan Arcade Mode – War, dimana ia menawarkan bentuk permainan lebih laju berbanding mod Arcade sebelum ini.

Disamping itu, senjata baru, SLR Sniper Rifle juga turut diperkenalkan pada versi beta ini.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun BETA PUBG MOBILE hari ini melalui Google Play Store.

Muat-Turun BETA PUBG Mobile di Android


TIPS & ULASAN