Informasi Permainan Video Terkini
WWE 2K19 Akan Dikeluarkan Pada 9 Oktober Untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC

WWE 2K19 Akan Dikeluarkan Pada 9 Oktober Untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC

Diterbitkan pada July 10, 2018 oleh .

Siri permainan gusti WWE 2K terbitan 2K Games merupakan satu-satunya permainan gusti utama yang dikeluarkan di pasaran. Siri terbaru permainan ini iaitu WWE 2K19 akan dikeluarkan pada 9 Oktober 2018 tetapi hanya untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Versi Switch tidak disertakan.

WWE 2K18 yang dikeluarkan tahun lepas merupakan pertama kali permainan tersebut dikeluarkan untuk Switch. Berbanding versi platform lain, WWE 2K18 versi Switch menerima lebih banyak kritikan daripada pemain kerana terdapat pelbagai masalah teknikal yang mencacatkan pengalaman pemain.

Disebabkan itu, 2k Games mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan WWE 2K19 untuk Switch. Menurut mereka, sasaran 2k Games adalah mengeluarkan satu permainan yang sama untuk setiap platform. Namun buat masa ini mereka tidak boleh melakukannya untuk Switch.

Walaupun ia mungkin sesuatu yang agak mengecewakan untuk pemilik Switch akan tetapi ia adalah lebih baik berbanding mendapat permainan yang bermasalah.


TIPS & ULASAN