Informasi Permainan Video Terkini
The Division 2 Boleh Dimainkan Secara Solo Dari Awal Hingga Akhir Kempen
PC

The Division 2 Boleh Dimainkan Secara Solo Dari Awal Hingga Akhir Kempen

Diterbitkan pada July 10, 2018 oleh .

The Division adalah permainan  oleh Ubisoft yang memfokuskan kepada penembakan multi-pemain, disebabkan itu ramai pemain yang lebih menggemari permainan solo (ataupun tiada rakan yang sehati sejiwa) tidak mencuba untuk bermain permainan ini.

Melalui temubual bersama AusGamer, pengarah The Division 2 Mathias Karlson mengatakan untuk The Division 2 pemain boleh menghabiskan keseluruhan kempen penceritaan dan juga kandungan selepas itu secara solo tetapi pemain juga boleh memilih untuk bermain dengan rakan sehingga 4 pemain ataupun 8 pemain (2 pasukan berlainan).

Walaupun beliau mengatakan boleh dimainkan secara solo tetapi kami tidak pasti tahap kesukaran untuk menyelesaikan sesuatu misi. Tambahan kami tetap merasakan permainan seperti The Division adalah lebih seronok untuk dimainkan secara berkumpulan berbanding solo.

Tom Clancy’s The Division 2 dijadualkan untuk dilancarkan pada 15 Mac 2019 dan menurut Ubisoft ia bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN