Informasi Permainan Video Terkini
Variasi Misi Di Dalam Assassin’s Creed Odyssey Bergantung Kepada Pilihan Pemain
PC

Variasi Misi Di Dalam Assassin’s Creed Odyssey Bergantung Kepada Pilihan Pemain

Diterbitkan pada July 10, 2018 oleh .

Hampir kesemua permainan dunia terbuka mempunyai beberapa ciri yang sama iaitu dunia yang luas dan jumlah misi yang banyak tidak kira misi utama ataupun sampingan. Konsep permainan terbuka itu sendiri adalah memastikan pemain meluangkan lebih banyak masa di dalam dunia permainan tersebut.

Assassin’s Creed sering dikritik kerana mempunyai misi yang sama berulang kali, sehinggakan mereka memperkenalkan sistem “Rate This Mission” bermula Assassin’s Creed Black Flag untuk mendapat pendapat daripada pemain mengenai sesuatu misi.

Melalui Assassin’s Creed: Origins, Ubisoft mula menggunakan penceritaan untuk menampakkan variasi misi akan tetapi masih mengulangi cara yang sama namun kebebasan untuk pemain memilih cara untuk menyelesaikan sesuatu misi menjadi kesukaan pemain.

Kini untuk Assassin’s Creed: Odyssey yang bakal dikeluarkan pada 5 Oktober nanti, pengarah kreatif permainan tersebut Scott Philips mengatakan mereka membuat peningkatan yang besar bagi misi di dalam Odyssey dengan memfokuskan kepada pilihan pemain.

Tambah beliau dengan memberikan pilihan kepada pemain untuk menyelesaikan sesuatu misi dan berinteraksi dengan pemberi misi dan bagaimana bermain watak mereka akan memberikan sesuatu yang lebih menarik dan dinamik untuk dunia dan juga watak dalam penceritaan.

Berdasarkan kenyataan tersebut kami menjangkakan ia akan menjadi seperti permainan The Witcher 3. Walaupun pada asasnya pemain melakukan perkara yang sama setiap misi tetapi kerana pilihan yang dilakukan oleh pemain akan memberikan kesimpulan yang berbeza.

Assassin’s Creed: Odyssey akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 5 Oktober 2018.


TIPS & ULASAN