Tencent sedia mempunyai kedai permainan video secara digital dibawah platform dinamakan WeGame. Ia dahulunya dikenali sebagai Tencent Games Platform, dan telah dilancarkan semula dibawah jenama WeGame pada tahun lepas.
WeGame menawarkan kemudahan bukan sahaja untuk membeli dan memuat-turun permainan video, tetapi juga untuk kekal berinteraksi dengan rakan-rakan lain, selain turut membuat penstriman langsung.
Walaubagaimanapun, sehingga kini, WeGame hanya ditawarkan di China sahaja. Melalui laporan terbaru SCMP hari ini, ia dikatakan Tencent bakal melancarkan pesaing Steam mereka pada peringkat global tidak lama lagi.
Buat masa ini, Tencent masih belum mengumumkan tarikh pelancarannya. Tetapi, dengan kelebihan Tencent dalam arena permainan, ia mungkin membolehkan mereka bersaing dengan aktif bersama Valve yang mempunyai Steam.
Selain WeGame, Tencent turut mempunyai pelaburan pada penerbit permainan Fortnite, League of Legends, PUBG, – dan termasuk permua seperti Clash Royale dan sebagainya.